Powered by Blogger.

Written By CikSuyKaPaste on Thursday, September 18, 2014 | 4:53 PM


Edward Snowden merupakan seorang pakar computer berasal dari AS.Edward pernah bekerja dengan Agensi Keselamatan Kebangsaan(NSA) AS sebagai seorang kontraktor teknikal dan juga pernah bekerja di Central Intelligent Agency(CIA) sebagai Pentadbir Sistem.

Tiga bulan permulaan kerjanya di NSA,dia telah memulakan aktiviti mengumpul atau mencuri secara diam data-data perisikan AS yang sangat sulit.Tidak lama selepas itu,dia berhijrah ke China secara senyap seterusnya mendedahkan data-data sulit yang diambil tersebut.

Tindakannya yang berhijrah ke China sebelum menyebarkan maklumat perisikan AS adalah kerana data yang diambil mempunyai kandungan perisikan AS ke atas China dan Hong Kong terutamanya melibatkan banyak kes penggodaman yang berlaku.China yang berang dengan pendedahan tersebut telah melindungi Edward daripada diekstradisi oleh AS untuk dibicarakan.Antara pendedahan Edward yang mengejutkan umum ialah :

1. AS merisik sejumlah hampir 5 Billion pengguna telefon selullar,ini termasuk rakyat negaranya sendiri.Melalui risikan tersebut, pihak AS mempunyai data lokasi dan maklumat mengenai pengguna tersebut.

2. Edward mendedahkan AS menyenaraikan beberapa tokoh di seluruh dunia dalam risikan mereka.Ini termasuklan bekas Perdana Menteri Malaysia yang ke-5,Tun Abdullah Ahmad Badawi.

3. 1.7 Juta data sulit ketenteraan AS juga berjaya diperolehi Edward dimana keseluruhan data tersebut jika didedahkan kepada umum bakal mengganggu-gugat keselamatan tentera dan pangkalan AS di serata dunia.

4. Ejen perisikan AS dan Israel mempunyai hubungan baik dan bekerjasama dalam risikan keatas Negara-negara di dunia.

5. Pendedahan mengenai suatu program “bayangan” oleh AS terhadap Brazil.Program tersebut diumumkan AS sebagai program anti-terrorism sedangkan ia sebenarnya program untuk merisik ekonomi,kawalan social dan juga manipulasi diplomatik.

6. Edward mendedahkan NSA dengan kerjasama GCHQ merancang untuk menyebar sejenis virus ‘malware’ ke seluruh computer di serata dunia yang digelar “Turbine”.Virus itu berupaya mewujudkan satu server palsu untuk laman social ‘Facebook’ dan akan mengaburi mata pengguna seterusnya membolehkan mereka mengumpul maklumat peribadi pengguna laman tersebut.

7. AS juga melakukan risikan keatas syarikat-syarikat besar dunia termasuklah Google,AT&T dan Cisco!
Edward Ketika Melakukan Persidangan Video Bersama Kongres
 Keselamatan Eropah
Dan banyak lagi pendedahan yang dilakukan Edward. Edward sekarang berada di Russia dan mendapat suaka perlindungan selama setahun.Permohonannya untuk memohon suaka dari 20 negara masih tidak mendapat kelulusan selepas AS menekan negara-negara tersebut.

Keberanian lelaki ini mendapat banyak anugerah dari seluruh dunia dan menjadi tokoh penting dalam program-program hak kebebasan.Peluang Edward untuk kembali ke AS disifatkan sebagai ‘perkara mustahil’ atas sebab pendedahannya ini dan dia juga diklasifikasikan AS sebagai ancaman/musuh No 1 AS.


Kongsi Kepada Kawan Kawan :
Share on FB Tweet Share on G+ Submit to Digg

0 comments:

Post a Comment

Malaysia Kiter© 2014-2015. All Rights Reserved. Template By NIHA OWNERS
SARAWAKIAN OWNERS SARAWAKIAN OWNERS SARAWAKIAN OWNERS SARAWAKIAN OWNERS