BANJIR kilat di sekitar Likas, Maktab Perguruan Sabah dan Kampus INTAN Sabah, pagi ini, menyebabkan kesesakan teruk di jalan utama kawasan berkenaan. - Foto ihsan Twitter Bomba |
PENAMPANG: Hujan lebat sejak malam tadi menyebabkan beberapa kampung di sini dinaiki air antara 30 sentimeter hingga 1.5 meter berikutan limpahan air Sungai Moyog, pagi ini.
Antara yang terjejas ialah Kampung Dabak, Tanaki, Babah, Sugut dan Kibabaig dengan ada kawasan terputus hubungan kerana jalan raya ditenggelami air dan tidak dapat dilalui kenderaan.
Turut terjejas ialah murid dan pelajar dari kawasan terbabit yang tidak dapat keluar untuk ke sekolah, manakala pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St Michael, di sini, diarah pulang apabila kawasan sekolah turut dinaiki air.
Jabatan bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menghantar beberapa bot dan jentera untuk memantau keadaan dan membantu memindahkan penduduk yang terjejas.
Hujan berterusan sejak empat hari lalu turut menjejaskan beberapa kawasan rendah di sekitar ibu negeri termasuk di Telipok dan Menggatal.
0 comments:
Post a Comment