Dua model menunjukkan telefon pintar generasi baharu, S850 ketika majlis pelancarannya, baru-baru ini. |
LENOVO Malaysia (Lenovo) yakin untuk meningkatkan jualan menerusi pengenalan telefon pintar generasi baharu, S850 khusus bagi individu yang inginkan reka bentuk, warna dan persembahan yang menarik.
Pengurus Besar Negara Lenovo Malaysia, Khoo Hung Chuan berkata, pengenalan peranti baharu ini akan melengkapkan portfolio sedia ada Lenovo dengan menawarkan pilihan lebih baik dan harga yang berpatutan.
"Sejak dua tahun lalu, Lenovo sudah mengembangkan perniagaan dengan lebih agresif di pasaran global dengan memperkenalkan telefon pintar keluaran kami ke 25 negara.
"Tahun lalu, sebanyak 114 juta peranti meliputi komputer, tablet dan telefon pintar telah diedarkan di seluruh dunia dan pihaknya mencatatkan peningkatan 37 peratus setiap tahun," katanya.
Menurutnya, telefon pintar baharu ini diwujudkan bagi memenuhi keperluan pengguna mudah alih dengan menampilkan ciri-ciri terbaharu seperti pemprosesan dwi teras MediaTalk (MTK) dan Android KitKat.
Lenovo berada di tangga keempat di peringkat global bagi segmen telefon pintar iaitu sebanyak 4.6 peratus.
Sementara itu, Pengurus Jualan Bahagian Telefon Pintar Lenovo Malaysia, Foo Mun Yee berkata, pihaknya juga bekerjasama dengan Persatuan Kebajikan Kanser Payudara Malaysia (BCWA).
"BCWA akan menerima sumbangan RM10 bagi 1,000 unit pertama pembelian Lenovo S850 bernilai RM729 bermula 4 hingga 30 September ini,'' katanya.
0 comments:
Post a Comment