Kenapa Perempuan Cantik Susah Cari Jodoh?
Peredaran zaman membuatkan gaya hidup manusia berubah. Jika dahulu perempuan yang bekerja sangat jarang ada dalam masyarakat Melayu. Tetapi zaman sekarang, perempuan bekerjaya sangat ramai dan mungkin lebih ramai daripada lelaki.
Perubahan ini berlaku kerana Malaysia melahirkan ramai golongan berpelajaran dan bijak pandai dan seterusnya ditawarkan peluang pekerjaan selepas tamat pengajian di institusi pendidikan.
Keadaan ini membuatkan ramai perempuan yang bekerjaya di Malaysia. Dalam artikel kali ini saya mahu berkongsi satu tajuk yang berkaitan dengan jodoh seorang perempuan. Kenapa perempuan cantik susah cari jodoh?
1. Tidak Serius
Perempuan cantik selalunya merasakan sangat mudah untuk mendapatkan seorang lelaki. Mereka tidak serius dalam perhubungan dan akan meminta diputuskan sebuah perhubungan dengan alasan “tiada jodoh”. Mereka tidak istiqamah atau tetapkan hati untuk seorang lelaki itu sahaja dan akhirnya yang dikejar tidak dapat yang dikendong keciciran.
2. Terlalu Memilih Pasangan
Lumrah manusia sukakan sesuatu yang cantik dan sempurna. Mereka yang cantik selalunya lebih memilih lelaki yang lebih tampan dengan alasannya supaya sepadan atau secocok. Perempuan cantik juga selalunya memilih lelaki yang lebih kaya dan bentuk badan yang tidak terlalu kurus dan tidak terlalu gemuk. Citarasanya sangat tinggi. Tidak dinafikan ada jugak perempuan cantik yang tidak memandang harta dan paras rupa lelaki.
3. Pangkat dan Gaji Tinggi dari Lelaki
Sudahlah cantik, bergaji tinggi pula. Lelaki di luar sana yang bergaji rendah dan tidak berpangkat seperti perempuan itu mungkin tidak berani untuk mengambil risiko “masuk line”. Lelaki merasakan bahawa perempuan cantik, berpangkat dan bergaji tinggi itu tidak sesuai untuk dirinya yang serba kekurangan. Kesannya…. Ramai perempuan cantik dan berjaya menjadi “ANDARTU” atau erti kata lain anak dara tua.
4. Serik Untuk Bercinta
Mungkin pengalaman lepas yang pernah putus cinta dengan lelaki buaya darat membuatkan mereka fobia untuk mendekatkan diri dengan lelaki lain. Mereka menyerahkan 100% kepada takdir tanpa berusaha mencari jodoh. Selalunya mereka ini berkata “Ada jodoh adalah kalau tak ada jodoh takpelah”.
5. Suka Dengan Dunia “Glamour”
Mereka sangat suka dengan dunia “glamour” sehinggakan tidak mahu untuk memikirkan soal perkahwinan.“Buat apa aku kahwin awal nanti bila dah kahwin aku tak boleh dah “post” gambar selfie di facebook dengan beribu komen dan “like” dari lelaki lain”.
0 comments:
Post a Comment