Satu trend yang merebak di wilayah Kwang Dong iaitu pengambilan sup herba janin manusia bagi tujuan meningkatkan kemampuan seksualiti dan meningkatkan kesihatan. Harga sup herba ini adalah sekitar 3000 – 4000 yuan (sekitar 580 US dolar) tetapi seorang pengurus kilang fabrik berumur 62 tahun yakin bahawa harga tersebut adalah sememangnya berpatutan. Sup ini dibuat dengan merebus (steaming and boiling) janin manusia bersama-sama dengan akar kayu perubatan yang tinggi nilai harganya serta ayam.
Pengurus kilang fabrik tersebut mengatakan bahawa ia menikmatinya secara rutin di restoran tertentu. Ia kemudian menunjuk isteri keduanya, yang baru berusia 19 tahun, dan menyatakan bahawa mereka dapat melakukan hubungan seks setiap hari. Sup janin manusia ini dikenali dengan nama tempatannya sebagai “Spare rib soup” (not sure what does it means by that, sejenis “sup iga” or something) dan ia tidaklah ada setiap hari.
Sambil mempersiapkan pesanan, dengan terbukanya tukang masak tersebut menerangkan bahawa janin yang keguguran atau di gugurkan, biasanya akan mati dan dapat dibeli hanya dengan beberapa puluh USD saja, sedangkan jikalau janin itu dekat dengan tanggal kelahirannya dan masih hidup, harganya boleh mencecah 300 USD. Urusan bayi itu diserahkan pada restoran dalam keadaan hidup atau mati, tidak ada yg mengetahuinya selain pihak restoran dan pihak keluarga yang menjualnya.
Kebanyakan bayi yang dibuat sup ini adalah daripada janin bayi perempuan. Sikap masyarakat cina yang mengutamakan bayi lelaki daripada bayi perempuan antara penyebab mengapa kebanyakan sup janin manusia itu terdiri daripada janin perempuan. Maka apabila sesebuah keluarga mendapati kandungan mereka adalah jenis kelamin perempuan maka janin perempuan itu akan digugurkan dan dijual.
Wartawan tersebut melaporkan bahawa alasan terjadinya fenomena ini adalah kerana:
1. Orang Cina terlalu ambil berat terhadap kesihatan dan tenaga seks mereka berpandukan makanan exotic.
2. Pemerintahan negara China yang mengenakan syarat hanya satu anak dalam satu keluarga.
Seorang wartawan dipelawa oleh pengusaha kilang fabrik tersebut ke salah satu restoran yang menyediakan ‘Healthy Soup’ dan ia memperkenalkan tukang masak restoran tersebut. Kata laluan untuk ‘HealthySoup’ adalah BAIKUT. Tukang masak restoran menyatakan jenis makanan tersebut tidak mudah didapati kerana mereka tidak menyediakan ‘ready stock’ di dalam bentuk pembekuan sepertimana daging mentah yang lain. Tambahan lagi, makanan tersebut harus disajikan secara “fresh”, bukannya “frozen”. Tetapi kalau berminat,mereka akan menyediakan ari-ari bayi (plasenta) yang dipercayai dapat meningkatkan ghairah seksuali dan juga awet muda bagi pemakan.
Seorang wartawan di China mengatakan bahawa ia harus menunggu beberapa minggu sehingga terdapat janin bayi yang akan dibeli oleh pihak restoran daripada ahli keluarga yang ingin menjual janin bayi mereka yang akan dibuat sup tersebut telah tersedia. Kemudian terdapat satu pasangan yang pernah memiliki dua janin anak perempuan yang dijual pada pihak restoran tersebut sebelum ini. Ketika itu sang ibu sedang mengandungkan anak ketiganya, yang kemudiannya digugurkan juga ketika kandungan berusia 5 bulan setelah mereka mengetahui bahawa bayi tersebut adalah seorang perempuan lagi.
Oleh kerana itu, mereka menghubungi pihak restoran dan menjual bayi yang sudah mereka gugurkan. Bayi yang sudah hampir tempoh matang kandungan (dalam erti kata lain sudah berusia 9 bulan) berharga sekitar 2000 yuan (sekitar 290 US dolar). Bagi janin bayi berumur 5 bulan yang digugurkan hanya berharga beberapa ratus yuan (100 yuan = 14.5 US dolar) sahaja. Jika hanya membeli plasenta bayi sahaja, dikenakan pembayaran beberapa ratus dolar juga iaitu sekitar 30 US dolar.
Setelah mendapat janin bayi yang dikehendaki, bersama² dengan pengusaha kilang fabrik, wartawan dan photografer pergi ke restoran tersebut untuk bertemu dengan tukang masak restoran berkenaan yang tanpa membuang waktu terus mengajak pelanggannya untuk pergi meninjau ke dapur. Di atas papan pemotong tampak jelas janin yang tidak lagi bernyawa itu. Tukang masak menjelaskan bahawa janin tersebut baru berusia 5 bulan, tidak dijelaskan berapa harga pembeliannya, yang pasti itu bergantung pada besar-kecil, hidup-mati janin tersebut dan sebagainya. Kali ini, harga sepinggan sup ‘Healthy Soup’ itu adalah bernilai 475 USD kerana stok janin sedang sukar untuk didapatkan.
Cara persediaan ‘Healthy Soup’, seperti yang diceritakan oleh wartawan berkenaan adalah seperti Pachan, Tongseng, Tongkui, Keichi, Jahe, daging ayam dan Baikut.
0 comments:
Post a Comment