Powered by Blogger.

Written By CikSuyKaPaste on Saturday, August 9, 2014 | 11:47 PM


BOGOTA: Menteri Luar Palestin, Riyad al-Malki berkata kerajaannya akan mengheret Israel ke Mahamah Jenayah Antarabangsa (ICC) bagi perbuatan jenayah peperangan.

“Kami akan ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dan menandatanganinya. Tidak lama lagi kami akan menjadi sebuah negara (berdaulat). Itupun sudah mencukupi bagi mahkamah memulakan siasatan,” kata Malki ketika melakukan lawatan ke sini.

Pesawat perang Israel melakukan 50 serangan udara di Gaza semalam, mengorbankan lapan orang sementara pejuang Palestin membedil 25 roket ke arah negara Yahudi itu, ketika semakin banyak negara menyuarakan agar diadakan gencatan senjata.

Konflik itu kini mengakibatkan sekurang-kurangnya 1,914 rakyat Palestin dan 67 rakyat Israel terbunuh sejak 8 Julai lalu.

Malki, yang menghadiri upacara pelantikan Presiden Colombia, Juan Manuel Santos, berkata sebelum ke negara ini, beliau berada di The Hague.

“Saya minta ICJ memulakan penyiasatan, untuk melihat sama ada apa yang dilakukan Israel selama 33 hari lalu sudah sampai ke tahap jenayah peperangan,” kata Malki ketika memberi taklimat di Bogota.

Pada 2009, Palestin meminta pejabat pendakwa ICC supaya menyiasat dakwaan berlakuya jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan yang dilakukan oleh tenetra Israel di Gaza antara 2008 hingga 2009.
Palestin memperoleh status sebagai pemerhati bukan anggota di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada November 2012, sekali gus membuka ruang untuk penyiasataan ICC. - AFP

Kongsi Kepada Kawan Kawan :
Share on FB Tweet Share on G+ Submit to Digg

0 comments:

Post a Comment

Malaysia Kiter© 2014-2015. All Rights Reserved. Template By NIHA OWNERS
SARAWAKIAN OWNERS SARAWAKIAN OWNERS SARAWAKIAN OWNERS SARAWAKIAN OWNERS