Gara-gara bumper bahagian depan kereta pecah, seorang remaja sanggup membunuh kucing yang tidak berdosa. Menerusi laman sosial pada 2 Julai 2014, tindakan seorang remaja lelaki yang memuat naik status langgar kucing sampai mati telah mencetuskan kemarahan orang ramai.
Punca suspek berbuat demikian hanya kerana bumber bahagian depan kereta pecah akibat terlanggar kucing. Lebih menyayat hati apabila kucing yang masih bernyawa akibat impak pelanggaran pertama dilanggar buat kali kedua sehingga mati.
Tinjauan terkini mendapati status tersebut sudah pun dipadam. Namun, ramai pengguna kini melemparkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan suspek menerusi laman sosial miliknya.
Sekarang ini, menurut suspek, post asal itu memang dia yang buat tetapi akaun FB dia telah digodam dan diubah post tersebut. Dia juga telah membuat laporan polis berkenaan itu, katanya. Tetapi yang menghairankan MK jika betul post tersebut telah diubahsuai mengapa tiada pula tertera perkataan “Edited” pada post tersebut.
Laporan kepada AAT
Sumber: Melvister.com
0 comments:
Post a Comment