KUALA LUMPUR: Hampir tiga bulan selepas kehilangan pesawat MH370 milik Malaysia Airlines (MAS), waris penumpang dari beberapa negara akan melancarkan kempen pendanaan orang ramai (crowd-funding) untuk mengutip US$5 juta (RM16 juta) pada Isnin melalui laman web Indiegogo.
Daripada jumlah itu, USD$3 juta (RM9.6 juta) akan menjadi ganjaran kepada pemberi maklumat tentang kehilangan pesawat itu. Baki US$2 juta (RM6.4 juta) adalah untuk membiayai penyiasat persendirian yang dapat memberikan maklumat baharu.
Kempen yang dikenali sebagai “Reward MH370: The Search for the Truth”, adalah usaha bersama waris penumpang dari Amerika Syarikat, Australia, New Zealand, Perancis dan India kerana kecewa dengan kekurangan makluamat dan bukti yang kukuh tentang pesawat yang hilang sejak 8 Mac itu.
Sarah Bajc, seorang warganegara Amerika Syarikat dimana teman lelakinya, Philip Wood, 50, merupakan salah satu penumpang yakin bahawa “seseorang sedang menyembunyikan sesuatu.”
“Kami mengambil initiatif sendiri. Jika terdapat bukti bahawa pesawat itu terhempas di dalam air, atau kusyen tempat duduk, saya akan mengambil pendekatan yang berbeza. Tetapi tiada apa-apa ditemui,” kata Bajc, 48, kepada akhbar USA Today.
Guru pengajian perniagaan yang berpangkalan di Beijing berkata ganjaran US$2 juta adalah untuk perkhidmatan penyiasatan “tidak akan pergi jauh” tetapi berkata ahli keluarga akan mengambil pendekatan yang berbeza daripada pasukan carian antarabangsa.
“Jelas sekali, mereka sudah menghabiskan US$100 juta dolar dan masih tidak temui apa-apa. Tetapi kita tidak akan pendekatan menggunakan bot di lautan, kita mengambil pendekatan menggunakan kecerdasan manusia.
“Tiada kepastian di sini, tetapi kami percaya bahawa kami perlu mencuba sesuatu. Jika kita hanya duduk dan membiarkan misi pencarian ini diteruskan, saya fikir ini tidak akan selesai,” katanya.
Sementara itu, waris penumpang di Malaysia meminta satu mesyuarat bersama Pengerusi Jawatankuasa Waris Penumpang MH370 Datuk Hamzah Zainuddin untuk mendapatkan penjelasan mengenai aspek-aspek tertentu yang ditugaskan kepada jawatankuasa itu.
“Kami ingin tahu dengan jelas tentang pelan khusus Jawatankuasa itu dan tindakan berterusan dalam membantu kami untuk melalui masa yang sukar ini.
Kami juga ingin berbincang dengan Hamzah tentang aspek yang kami memerlukan bantuan dan juga satu taklimat oleh beliau atau bersama Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) mengenai maklumat terkini berhubung dengan misi pencarian MH370,” kata kumplan itu dalam satu kenyataan media.
Pada Rabu, Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata Malaysia akan menghantar delegasi ke Canberra, Australia dalam masa terdekat bagi membincangkan maklumat terkini operasi pencarian pesawat MAS MH370, termasuk kos, di lokasi baharu.
Delegasi itu akan diketuai Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari dengan disertai tiga lagi timbalan menteri yang mengetuai jawatankuasa peringkat kementerian masing-masing berkaitan operasi mencari pesawat berkenaan.
Penerbangan MH370, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang pada 8 Mac kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam.
Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pukul 6.30 pagi pada hari yang sama. Pada 24 Mac, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan MH370 ‘berakhir di selatan Lautan Hindi’.
SUMBER : astroawani
www.nikibnorhafis.blogspot.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
0 comments:
Post a Comment