Powered by Blogger.

Written By CikSuyKaPaste on Thursday, June 26, 2014 | 6:11 PM


SEOUL – Samsung dan LG hari ini melancarkan jam tangan pintar yang menggunakan perisian terbaharu Google yang bakal mencetuskan satu lagi saingan pasaran dalam industri telefon pintar dan digital.

Dikenali sebagai Samsung “Gear Live” and LG “G Watch” — kedua-duanya menggunakan Android Wear — aplikasi pertama yang menggunakan perisian baru Google yang dibangunkan khas untuk pengguna jam.

G Watch — jam pintar pertama keluaran LG — juga dilengkapi dengan khidmat pengenalan suara Google dan mampu melakukan tugasan mudah termasuk menyemak emel, menghantar pesanan ringkas, dan melakukan operasi carian online menerusi arahan suara pemilik atau penggunanya.

Dua aplikasi di telefon ini bagaimanapun tidak boleh melakukan panggilan telefon namun ia boleh dihubungkan dengan mana-mana telefon pintar yang mempunyai pangkalan Android, demikian menurut dua firma Korea Selatan itu dalam kenyataan berasingan.

Samsung dan LG kini adalah pembuat dan pengeluar telefon pintar keempat terbesar di dunia.

Jam pintar biasa membolehkan pengguna membuat panggilan, menerima teks dan emel, mengambil gambar dan juga mengakses aplikasi.

G Watch mula dibuka untuk tempahan menerusi dalam talian hari ini di 12 negara termasuk Amerika Syarikat, Perancis dan Jepun sebelum berada di pasaran biasa di 27 lagi negara termasuk Brazil dan Russia, awal Julai ini.
Gear Live juga boleh dibeli menerusi dalam talian mulai hari ini.

Samsung memperkenalkan jam pintar Android pertamanya dikenali Galaxy Gear tahun lalu namun tidak mendapat sambutan hanya daripada pengguna.

Edisi kedunya, Gear II, dikeluarkan Februari lalu dengan menggunakan perisian Samsung sendiri iaitu Tizen.

Pesaingan Samsung, Apple dipercayai akan melancarkan jam pintarnya sendiri tidak lama lagi, manakala Google bergerak ke hadapan untuk melancarkan Google Glass iaitu perisian menerusi mata pengguna, lewat tahun ini.

Pembuat telefon pintar China, Huawei juga mempunyai jam tangan pintar dikenali TalkBand.

Pasaran global jam pintar dijangka mencapai pertumbuhan lebih 500 peratus tahun ini daripada 1.9 juta unit pada 2013, demikian menurut penyelidik pasaran Strategic Analytics.

Sumber: AFP

Kongsi Kepada Kawan Kawan :
Share on FB Tweet Share on G+ Submit to Digg

0 comments:

Post a Comment

Malaysia Kiter© 2014-2015. All Rights Reserved. Template By NIHA OWNERS
SARAWAKIAN OWNERS SARAWAKIAN OWNERS SARAWAKIAN OWNERS SARAWAKIAN OWNERS