Powered by Blogger.

Written By CikSuyKaPaste on Sunday, June 1, 2014 | 5:46 AM


SEORANG remaja berusia 14 tahun dirogol seorang lelaki tidak dikenali yang menceroboh kediamannya di Bandar Baru Permyjaya, Miri malam kelmarin.
Ketua Polis Daerah Miri ACP Gan Tian Kee berkata kejadian berlaku pada jam 12.02 tengah malam ketika mangsa hanya tinggal berdua dengan adiknya yang berusia tujuh tahun.
Ibu bapa mangsa tidak ada di rumah kerana menziarahi saudara yang meninggal dunia, katanya kepada Bernama.
Menurut Gan, remaja itu diserang seorang lelaki bertopeng yang mengacu pisau ke lehernya ketika memeriksa bunyi bising di bahagian belakang rumah.
“Lelaki itu kemudian membawa mangsa masuk ke bilik dan menutup muka mangsa dengan bantal sebelum merogolnya,” kata Gan.
Beliau berkata, suspek yang dipercayai memasuki rumah itu menerusi pintu dapur, kemudian melarikan diri dan mangsa menghubungi ibu bapanya untuk memaklumkan kejadian sebelum mereka membuat laporan polis. — Bernama
Kongsi Kepada Kawan Kawan :
Share on FB Tweet Share on G+ Submit to Digg

0 comments:

Post a Comment

Malaysia Kiter© 2014-2015. All Rights Reserved. Template By NIHA OWNERS
SARAWAKIAN OWNERS SARAWAKIAN OWNERS SARAWAKIAN OWNERS SARAWAKIAN OWNERS