SUZHOU, China – Seorang peminat bola sepak mati dipercayai akibat kurang tidur selepas berjaga beberapa malam untuk menonton siaran langsung Piala Dunia.
Lelaki yang berusia 25 tahun itu ditemui mati di hadapan televisyen di rumahnya di Suzhou berhampiran Shanghai.
Perbezaan waktu antara Suzhou dan Brazil adalah 11 jam.
Ini bermakna peminat bola sepak di China perlu berjaga sepanjang malam untuk mengikuti perlawanan Piala Dunia, lapor laman web Yahoo Sports.
Doktor berkata, kematian itu berkaitan dengan kurangnya tidur.
Bagaimanapun, masih tidak pasti sama ada ia disebabkan oleh keletihan atau kemungkinan serangan jantung, lapor agensi berita, Xinhua.
Kematian lelaki itu menunjukkan wujudnya peningkatan masalah obses terhadap internet dan televisyen di China.
Malah, hospital di China juga menyaksikan peningkatan bilangan pesakit yang dimasukkan dengan gejala keletihan semasa Piala Dunia 2006 dan 2010 yang berlangsung sebelum ini, lapor Xinhua.
Dalam Kejuaraan Bola Sepak Eropah (Euro) 2012, seorang penyokong bola sepak juga dilaporkan mati akibat keletihan selepas 11 malam tidak tidur untuk menonton setiap perlawanan kejohanan itu.
Sumber: AFP
www.MalaysiaKiter.blogspot.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
0 comments:
Post a Comment