Powered by Blogger.

Written By CikSuyKaPaste on Thursday, June 12, 2014 | 1:27 AM


Contoh terkini ialah panggilan hangit HOT FM keatas isteri pemain bolasepak Terengganu, Norfarhan Mohammad yang agak kurang disenangi peminat dengan menganggapnya melampau dan kurang ajar. Panggilan bermula apabila seorang wanita yang mengenalkan dirinya sebagai Lina mengadu kepada isteri Norfarhan (kak Su) kononnya dia telah 2 minggu dihamilkan oleh Norfarhan. Malangnya si pengadu berkata, Norfarhan enggan bertanggungjawab. Isteri Norfarhan dilihat tenang menjawab panggilan Lina sambil mempelawa Lina membuat pemeriksaan di klinik. Dalam pada itu, kak Su turut mengajak Lina berjumpa dengannya.



Sementara mereka sedang berbincang, datang pula abang Lina yang kononnya sedang marah kepada Paan sambil mengamuk sakan. Di akhir panggilan hangit tersebut, abang Lina berkata yang "Rafli" telah mengenakanya sambil mengucapkan Selamat Hari Jadi kepada Kak Su. Komen peminat mengatakan isteri Norfarhan sememangnya seorang wanita yang penyabar serta mampu menghadapi tekanan. Namun mereka juga menyatakan panggilan seperti itu tidak perlu dilakukan HOT FM kerana menurut mereka bergurau perlu ada batasnya. Saksikan video tersebut dibawah.

VIDEO PANGGILAN HANGIT
 
www.nikibnorhafis.blogspot.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
Kongsi Kepada Kawan Kawan :
Share on FB Tweet Share on G+ Submit to Digg

0 comments:

Post a Comment

Malaysia Kiter© 2014-2015. All Rights Reserved. Template By NIHA OWNERS
SARAWAKIAN OWNERS SARAWAKIAN OWNERS SARAWAKIAN OWNERS SARAWAKIAN OWNERS