Powered by Blogger.

Written By CikSuyKaPaste on Thursday, June 5, 2014 | 9:11 PM



MISTERI bau busuk yang menjadi tanda tanya kepada seorang tukang cuci yang ingin memulakan tugas rutin pagi semalam akhirnya terjawab dengan penemuan mayat seorang lelaki warga emas di sebuah bilik kuarters yang terletak di Jalan Luak Bay, Miri.

Si mati dikenali sebagai Chong Min Liong, 64, berasal dari Petaling Jaya, Selangor.

Ketika ditemui, si mati yang merupakan pengurus sebuah syarikat swasta berada dalam posisi duduk di atas kerusi sambil menghadap sebuah komputer riba dan memakai baju-T berkolar serta berkain tuala.

Terdahulu menurut sumber, sekitar jam 8 pagi semalam, tukang cuci berusia 43 tahun itu datang ke kuarters berkenaan untuk menjalankan tugas rutin.

Setiba di tempat kejadian yang terletak di tingkat satu bangunan kuarters itu, tiba-tiba dia terhidu bau busuk, namun tidak mengendahkan­nya kerana menyangka bau sampah.

Difahamkan, tingkat satu bangunan itu menempatkan enam bilik pekerja, dua dapur dan dua ruang tamu.

Beliau yang mula berasa tidak sedap hati cuba mencari arah bau busuk itu datang hingga tiba di depan bilik si mati, di mana bau busuk tersebut semakin kuat.

Pada mulanya, wanita terba­bit cuba membuka pintu bilik si mati namun tidak berjaya kerana dikunci dari dalam. Ia hanya dapat dibuka dengan menggunakan kunci pendua.

Sebaik pintu diselak, alang­kah terkejutnya dia apa­bila ternampak si mati sudah terkulai kaku sambil duduk di atas kerusi.

Berikutan itu, tukang cuci terbabit segera menghubungi pihak Hospital Miri untuk mendapatkan bantuan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Miri ACP Gan Tian Kee ketika dihubungi menge­sahkan ada menerima laporan polis berhubung penemuan mayat lelaki warga emas terbabit.

“Ketika mayat ditemui, tiada seorang pun pekerja lain yang mendiami kuarters berkenaan berada di tempat kejadian kerana rata-rata mereka pulang bercuti sem­pena Hari Gawai.

“Siasatan awal polis di tem­pat kejadian juga tidak men­emui sebarang unsur jenayah dan tiada kesan kecederaan pada badan si mati. Malah kesemua barang mangsa tidak diusik,” katanya sambil memberitahu kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Menurut Gan, si mati diper­cayai telah meninggal dunia sejak tiga hari lalu berdasar­kan keadaan mayatnya yang sudah mula mereput.

Difahamkan, si mati telah bekerja di syarikat berkenaan selama setahun dan tinggal di kuarters berkenaan seorang diri. Manakala ahli keluar­ganya menetap di Semenan­jung Malaysia.




www.nikibnorhafis.blogspot.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
Kongsi Kepada Kawan Kawan :
Share on FB Tweet Share on G+ Submit to Digg

0 comments:

Post a Comment

Malaysia Kiter© 2014-2015. All Rights Reserved. Template By NIHA OWNERS
SARAWAKIAN OWNERS SARAWAKIAN OWNERS SARAWAKIAN OWNERS SARAWAKIAN OWNERS