KUCHING: Peragut ‘berhati mulia.’ Itulah gelaran sesuai
merujuk kepada tindakan pemuda yang telah meragut seorang wanita di Pusat Komersial Ang Cheng Ho
apabila dia mengembalikan semula beg tangan milik mangsa.
Disebabkan tindakannya itu, dia ditangkap oleh orang awam yang menyaksikan kejadian tersebut yang
terjadi sekitar 7 malam kelmarin.
Suspek yang mungkin berjaya melepaskan diri selepas meragut beg tangan mangsa, bagaimanapun berpatah
balik kepada mangsa untuk memulangkan semula beg mangsa.
Dalam laporan polis pemuda berkenaan meletakkan motosikal yang digunakannya di tempat parkir sebelum
menghampiri mangsa di tempat kejadian untuk memulangkan beg tangan tersebut.
Tindakannya itu menjadi tanda tanya mengapa dia kembali semula ke tempat kejadian dan memulangkan
semula beg tangan itu selepas berjaya meragut mangsa.
Dia diserah oleh orang ramai kepada pihak berkuasa.
0 comments:
Post a Comment