PENGAWAL keselamatan yang diberkas polis ketika cuba mencabul seorang budak lelaki.
Sungai Buloh: Seorang pengawal keselamatan yang gemar menculik pelajar sekolah dan menjadikan mangsanya sebagai alat pemuas nafsu semenjak sebulan lalu terbongkar apabila dia ditangkap tengah hari semalam.
Suspek yang berusia 34 tahun itu mempunyai nafsu yang super duper gila gemar memujuk mangsa (remaja lelaki) supaya membuka seluar sebelum #dicabul.
Pihak polis menerima beberapa laporan berhubungan kejadian itu sebelum ini telah membuat intipan semalam di sebuah pusat beli-belah sekitar jam 12.30 tengah hari semalam.
Intipan mendapati suspek yang bertugas di bahagian pakaian kanak-kanak di pusat beli belah itu kelihatan sedang memujuk seorang pelajar lelaki supaya mengikutnya menaiki motosikal.
Suspek kemudian dilihat membawa pelajar lelaki terbabit menaiki sebuah motosikal ke kawasan Perindustrian SB Jaya. – Harian Metro
0 comments:
Post a Comment