Hari ni mari kita kongsi tips bagi menghadapi orang yang panas baran supaya tidak jadi pergaduhan, perkelahian atau perkara-perkara lain yang tidak diingini.
1: diamkan diri, jangan respon apa-apa pada kemarahannya
Api bila dilawan dengan api, sampai bila-bila kedua api tu tak akan padam. Bila api dilawan dengan air, sudah tentu api cepat padam.
Panas baran adalah sifat api yang panas manakala berdiam diri merupakan satu sikap yang sejuk dan sejuk adalah sifat air. Jika Anda sedang berdepan dengan orang panas baran yang tengah marah, biarkan dia lepaskan kemarahannya. Elak untuk tidak melakukan apa-apa selain itu. Tip ini sangat berguna, terutamanya bagi pasangan suami isteri.
2: Jauhkan diri daripadanya buat seketika
Jika anda jenis orang yang tak suka bunyi bising dan asap rokok, sudah tentu anda tak suka duduk berhampiran dengan orang panas baran. Anda tak akan selesa dengan sikapnya. Ada-ada saja dia nak marah, hempas tu, hempas ni.
Biasanya orang yang panas baran ni suka menyalahkan orang lain atas segala masalah. Dia lebih suka menuding jari dari mencari salah dalam diri sendiri. Apabila kawan anda yang panas baran tu sedang naik marah atau menunjukkan air muka kurang senang kerana dia marah, jauhkan diri buat seketika. Ini kerana anda akan cepat terjangkit oleh aura negatif yang terpancar dari emosi kemarahannya. Anda akan terjangkit sama.
Kesannya anda akan rasa tertekan secara tiba-tiba. Apabila anda sudah tertekan (stress), mudahlah untuk masalah muncul bertimpa-timpa dalam hidup anda, semuanya kerana anda tertekan. Jauhkan diri supaya anda dapat menjaga dan mengekalkan aura positif pada diri anda
3: Beri masa untuk dia sejuk sendiri
Orang panas baran ni sebenarnya akan malu sendiri apabila marahnya sudah reda juga apabila kepanasan hatinya berlalu pergi. Orang yang cepat marah samalah dengan orang bodoh, sebab dia tidak mampu mengawal kemarahannya. Orang yang cepat naik marah senang diperbodoh-bodohkan, kerana perkara kecil pun boleh menaikkan kemarahannya
Lembu jantan yang cepat naik marah juga senang diperbodoh-bodohkan untuk dijadikan sumber hiburan masyarakat sekeliling. Itu sebab kenapa matador di Sepanyol suka mengapi-apikan kemarahan lembu jantan supaya ia boleh menyebabkan penonton terhibur dengan radukan bodoh si lembu.
Orang sekeliling suka melihat orang yang sedang naik marah sebab orang marah tu akan buat perkara-perkara bodoh yang melucukan.
Orang yang sedang marah biasanya bertindak mengikut perasaan. Dia akan bertindak sesuka hati. Tindakannya pula melulu yang menyebabkan tindakannya itu nampak lucu, menarik dan menghiburkan.
Contoh? Tengok sukan gusti.
Ramai penggusti suka mengapi-apikan perasaan marah mereka di antara satu sama lain. Setiap seorang daripada mereka saling cabar-mencabar. Kemudian cabaran tu cepat disahut lalu masing-masing berjumpa di gelanggang gusti untuk beradu tenaga sampai puas hati. Yang untung ialah penonton dan pemilik hak siaran sukan gusti. Penonton dapat sumber hiburan, pemilik hak siaran dapat duit masuk berterusan
Jika ada sesiapa di sekeliling anda sedang naik marah, beri dia masa untuk sejuk sendiri. Biarkan dia sendirian selama mana dia masih marah, mungkin 2 minit atau mungkin 2 jam, mungkin sampai 2 hari. Biarkan dia tenggelam dengan kemarahannya. Makin dipujuk, makin menjadi-jadi marahnya (puncanya ego – sebab dia nak makin ramai orang pujuk dia).
Bila emosinya sudah kembali normal, logik akalnya sudah kembali dalam kawalannya, dia akan datang sendiri kepada anda untuk meluah perasaan atau meminta maaf, kecuali dia orang yang sombong. Tapi jika dia benar-benar mahu berkawan dengan anda, dia sendiri akan datang menemui anda.
0 comments:
Post a Comment