Powered by Blogger.

Written By CikSuyKaPaste on Monday, May 12, 2014 | 2:35 AM

“Mimpi adalah mainan tidur”, demikianlah yang sering kita dengar apabila kita bermimpi sesuatu yang buruk . Namun, tahukah korang fakta mengenai mimpi? Jum teruskan pembacaan korang untuk mengetahui fakta-fakta tersebut.
1. Orang Asing Dalam Mimpi
Pernahkah korang bermimpi berjumpa atau bercakap atau apa-apa ajelah dengan seseorang yang tidak dikenali di dalam mimpi? Dan bila kita bangun atau tersedar, kita terfikir, siapa “gadis/jejaka misteri” di dalam mimipi kita. Sebenarnya, otak manusia bertanggungjawab untuk pelbagai ciptaan yang kompleks, tetapi ia tidak boleh mencipta imej orang.
Oleh itu, ”gadis/jejaka misteri” yang kita jumpa di dalam mimpi kita sebenarnya adalah wajah-wajah orang yang pernah ditemui dalam kehidupan sebenar, tetapi kita lupa. Pendek kata,tak perasan. Mungkin terserempak di University, tempat kerja, seminar, shopping complex or tepi jalan.
2. Bilangan Mimpi Dalam Satu Malam
Kajian menunjukkan mereka yang berusia 10 tahun ke atas, mempunyai 4 hingga 6 impian setiap malam. Ini bermakna kita sebenarnya bermimpi sebanyak 1,460 dan 2,190 setiap tahun. Dan setiap mimpi mungkin mengambil masa dari 1 saat ke 5 minit. Banyak tu!
Mungkin ramai yang tak percaya. Hakikatnya, kita lupa antara 95% hingga 99% daripada mimpi kita. Mungkin kerana ianya tidak cukup menarik untuk kita ingat. Ada juga yang mempunyai IQ yang tinggi mampu mengingati mimpi-mimpi tersebut. Yang kurang sikit IQ tu sebenarnya bukan tak bermimpi , tetapi tak dapat mengingatinya.
Kongsi Kepada Kawan Kawan :
Share on FB Tweet Share on G+ Submit to Digg

0 comments:

Post a Comment

Malaysia Kiter© 2014-2015. All Rights Reserved. Template By NIHA OWNERS
SARAWAKIAN OWNERS SARAWAKIAN OWNERS SARAWAKIAN OWNERS SARAWAKIAN OWNERS