Powered by Blogger.

Written By CikSuyKaPaste on Sunday, May 11, 2014 | 6:23 PM


Susulan dari penyebaran 4 keping gambar produk susu Dutch Lady mengandungi bendasing beberapa hari yang lalu, Facebook Pages rasmi Dutch Lady Malaysia telah di’serang’ dengan pertanyaan orang ramai.
Admin page Dutch Lady dengan tenang dan profesionalnya menjawab semua pertanyaan itu dengan kenyataan di bawah:
Apa yang anda lihat di dalam kotak susu tersebut kelihatan sama seperti mineral yang telah menjadi pepejal.
Ini tidak berbahaya dan terhasil akibat dari kotak susu rosak atau penyimpanan yang tidak betul. Kejadian ini jarang berlaku tetapi tidak mustahil kerana seperti yang kita tahu, susu atau produk tenusu mudah rosak.
Selepas dibuka ia sepatutnya dihabiskan antara 2 – 3 hari dan disimpan di tempat sejuk dan kering. Walaupun sampel pengadu belum diperolehi, kami telah memulakan sisatan dalaman. Keputusan makmal awal berdasarkan sampel dari ‘batch’ sama yang dibeli oleh pengadu, telah menunjukkan bahawa sampel dari ‘batch’ ini tidak rosak dan selamat untuk diminum.
Untuk keterangan lanjut, sila PM kami atau e-mel kami di dutchladycareline@frieslandcampina.com.
Namun, ada segelintir orang yang kurang cerdik terus menerus menyerang Dutch Lady dengan mengajak orang ramai memboikot produk Dutch Lady.
Kongsi Kepada Kawan Kawan :
Share on FB Tweet Share on G+ Submit to Digg

0 comments:

Post a Comment

Malaysia Kiter© 2014-2015. All Rights Reserved. Template By NIHA OWNERS
SARAWAKIAN OWNERS SARAWAKIAN OWNERS SARAWAKIAN OWNERS SARAWAKIAN OWNERS