Muhammad Mujahid Mohd Sharbi
Kuala Lumpur: Keberanian seorang murid tahun enam melompat dari motosikal penculiknya berjaya menyelamatkan kanak-kanak itu daripada dilarikan seorang lelaki dalam kejadian di Taman Melewar, dekat Gombak, di sini semalam.
Dalam kejadian jam enam petang itu, Muhammad Mujahid Mohd Sharbi, 12 tahun, terjun dari motosikal ketika melalui jalan berbukit di persimpangan jalan Kampung Padang Balang-Jalan Kampung Bandar Dalam, kira-kira satu kilometer dari lokasi dia diculik, di Jalan Marmar 1, Taman Melewar.
Menurut bapanya, Mohd Sharbi Kamaruzzaman, selepas menyelamatkan diri, anaknya menemui seorang rakannya di Kampung Padang Balang yang kemudian menghantar Mujahid kepadanya yang ketika itu berada di Taman Melewar.
Beliau berkata, ketika kejadian, Mujahid sedang berjalan kaki dari rumahnya ke padang bola di taman itu apabila tiba-tiba seorang lelaki, dipercayai keturunan India menariknya menaiki motosikal dan memecut ke arah Kampung Padang Balang.
Bagaimanapun, anaknya tidak dapat memastikan jenis dan nombor motosikal berkenaan. Beliau juga telah membuat laporan kejadian di Balai Polis Setapak.Menurut bapanya, Mohd Sharbi Kamaruzzaman, selepas menyelamatkan diri, anaknya menemui seorang rakannya di Kampung Padang Balang yang kemudian menghantar Mujahid kepadanya yang ketika itu berada di Taman Melewar.
Sumber - Berita Harian
0 comments:
Post a Comment